• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

750,000 Pekerja Asing Tidak Berdaftar Di Johor

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Terdapat kira-kira 750,000 pekerja asing tidak berdaftar yang bekerja tanpa sebarang permit di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Dr S Ramakrishnan berkata jumlah itu hanyalah anggaran yang dilaporkan Kementerian Sumber Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).

“Jadi tiada agensi yang mengetahui jumlah sebenar pekerja asing ini. Ini yang menjadi kebimbangan kita. Untuk itu kerajaan negeri melalui Unit Swadaya Insan Negeri Johor mencari pekerja asing terlibat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Sumber Manusia Iskandar Malaysia 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah itu adalah 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja asing di dalam negara dan ia meletakkan Johor sebagai negeri kedua yang mempunyai ramai pekerja asing tidak berdaftar selepas Selangor.

Katanya ada kalangan pekerja asing itu yang telah lama menetap di sini dan berkeluarga serta anak-anak mereka dilahirkan tanpa sebarang dokumen kewarganegaraan.

Ramakrishnan berkata perkara itu diburukkan lagi dengan sikap tenaga kerja tempatan yang mudah patah semangat selain cerewet dan suka memilih kerja.

“Untuk itu kita mengambil inisiatif mengadakan program pemerkasaan fizikal dan mental dalam kalangan tenaga kerja mahir kita yang baharu kerana kita tidak mahu lagi mendengar aduan pekerja kita berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan kerja, selain cerewet dan memilih kerja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya akan menjalankan beberapa perubahan terhadap Institut Latihan Perindustrian (ILP) melalui Unit Swadaya Insan Negeri Johor terutamanya dalam silibus pembelajaran dan kursus yang diberikan.

“Apa yang berlaku ketika ini ialah kita mempunyai jurang yang sangat besar apabila graduan yang dihasilkan tidak memenuhi syarat dan keperluan industri. Antara punca ia berlaku adalah disebabkan teknologi yang diguna pakai di ILP sudah tidak diguna pakai lagi hari ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan berkerjasama dengan Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) bagi mendapatkan respon daripada pihak industri tentang keperluan tenaga kerja yang diinginkan industri pada hari ini.

“Cara pembelajaran, silibus dan pedagogi ILP perlu diubah, sebagai contoh, sekiranya sesebuah kursus itu mengambil masa dua tahun pengajian, satu tahun pembelajaran adalah secara teori dan praktikal manakala satu tahun lagi adalah untuk latihan industri.

“Kita juga telah menjanjikan 200,000 peluang pekerjaan dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini dan kita mahu menjadikan perkara ini sebagai misi utama dalam tempoh lima tahun kita memerintah,” katanya. – BERNAMA

Tags: pekerja asingtidak berdaftar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd