• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Jong-Un Akan Lawat Korea Selatan

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PYONGYANG, Korea Utara – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersetuju melakukan lawatan bersejarah ke Seoul dan menutup sebuah tapak ujian peluru berpandu di bawah pengawasan pemeriksa antarabangsa ketika beliau menerima kunjungan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Pyongyang semalam.

Kemajuan berhubung isu senjata nuklear Korea Utara agak terhad, namun kedua-dua pemimpin tersebut menandatangani persetujuan untuk mengukuhkan hubungan antara dua negara di Semenanjung Korea itu.

Mereka sepakat membina sebuah kemudahan bagi memudahkan keluarga yang terpisah bertemu pada bila-bila masa, membina jalan raya dan landasan kereta api untuk menghubungkan ke­dua-dua negara dan membuat bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2023.

“Persetujuan ini membawa harapan baharu dan keazaman kuat rakyat untuk penyatuan dua negara Korea,” kata Jong-un.

Lawatan beliau ke Seoul akan menjadi kunjungan pertama pemimpin Korea Utara sejak Perang Korea 1950-53 berak­hir. Secara teknikal, Korea Utara dan Korea Selatan masih berperang kerana pertempuran antara dua negara itu berakhir dengan gencatan senjata dan bukan perjanjian damai.

Jae-in berkata, kunjungan Jong-un mungkin berlaku pada tahun ini dan akan menjadi kemajuan bersejarah antara hubungan Korea Selatan dan Utara.

Dalam persetujuan itu, Pyongyang juga akan menutup sebuah tapak ujian enjin peluru berpandu di Tongchang-ri di bawah pengawasan pemerhati antarabangsa.

Jae-in yang berperanan sebagai orang tengah dalam menjayakan sidang bersejarah antara Jong-un dan Presiden Donald Trump di Singapura pada Jun lepas berharap rundingan yang tergendala antara Pyongyang dan Washington akan dapat disambung semula. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: Kim Jong-unKorea Selatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd