• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khayal Dadah Dalam Pondok, 4 Lelaki Ditahan

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAWAN – Polis berjaya menahan empat lelaki yang khayal dadah disyaki jenis syabu dalam serbuan di sebuah pondok di Lorong 7, Jalan Kuching-Serian, di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 1.30 petang tadi, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan keempat lelaki itu berusia antara 40 hingga 58 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidil Bolhassan, kejayaan tangkapan tersebut adalah hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan sebelum itu.

Katanya, pemeriksaan di dalam pondok itu menemukan satu peket plastik lutsinar mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.52 gram (g).

“Pemeriksaan lanjut menemukan beg sandang yang di dalamnya mempunyai satu keratan tiub straw dan tujuh peket plastik lutsinar masing-masing mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 5.75 g.

“Nilai semasa dadah jenis syabu yang dirampas itu adalah sebanyak RM900,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini sebentar tadi.

Tambah Aidil, kesemua suspek telah dibawa ke IPD Padawan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” jelasnya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – UTUSAN ONLINE

Tags: khayal dadahSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd