• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dana RM2.6 Bilion: Najib Ditahan SPRM

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan ia berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan dibuat pada pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya.

“Najib akan hadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September ini, pukul 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah,” kata suruhanjaya itu, di Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, pihak SPRM juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi merakamkan segala percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Najib sebelum ini pernah menegaskan wang tersebut disumbangkan sendiri kerabat diraja Arab Saudi dan perkara berkenaan turut disahkan oleh menteri luar negara Asia Barat itu.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan dipercayai sengaja menjadikan isu dana mewah itu kononnya dicuri daripada 1MDB berdasarkan kepada pelbagai bukti yang boleh dipertikaikan.

Malahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah biadab hina anggota keluarga diraja negara Islam itu sebagai Tok Arab yang bodoh gila kerana sanggup berbuat demikian.

Ini menyaksikan hubungan diplomatik Putrajaya-Riyadh agak renggang dan sehingga kini pemimpin tertua di dunia itu tidak berani bertemu Raja Salman untuk pengesahan isu dana tersebut. – Agensi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd