• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perpaduan UMNO 1 Tindakan Terdesak

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Kerajaan perpaduan yang dicanang-canangkan oleh pimpinan UMNO telah menunjukkan parti itu semakin terdesak selepas tidak lagi berkuasa setelah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap yang ditunjukkan itu bukanlah sesuatu yang baharu, malah sejak dulu lagi UMNO telah menunjukkan sifat sedemikian apabila parti terdesak.

“Biar pi depa nak bercakap sampai ‘mengigau’ jadi apa pun saya tak boleh halang depa nak bercakap tapi saya tak fikirlah akan berlaku, kalau berlaku sudah tentu sebelum pilihan raya dah berlaku, kalau dalam konteks PAS ni sebelum PRU dia tak mau, jadi macam mana sekarang dia nak bercakap kerajaan perpaduan dan sebagainya.

“UMNO bagi saya sejak dulu lagi macam tu, dalam keadaan terdesak dia akan cakap soal kerajaan perpaduan tambahan ketika ini bukan sahaja terdesak lagi, tetapi dia sudah hilang kuasa dan dia akan cakap soal kerajaan perpaduan, kita tak boleh halang apa depa nak bercakap,” katanya kepada pemberita pada Majlis konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Utara di Penjara Pokok Sena di sini, hari ini.

Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai penubuhan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan menerusi wawancara khas bersama NSTP baru-baru ini.

Memetik laporan itu, walaupun UMNO tidak menetapkan tempoh tertentu, parti itu berharap ia dicapai menerusi persetujuan bersama.

Menyentuh konvokesyen kali ini Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, seramai 145 perantis (pelatih) telah dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam usaha memberi nilai tambah kepada mereka untuk meneruskan kehidupan apabila dibebaskan.

Setakat 31 Ogos lepas, 13,779 perantis telah berjaya didaftarkan di mana mereka terdiri daripada banduan, tahanan dan penghuni Sekolah Henry Gurney yang melibatkan 46 jenis bidang Nasional Occupational Skills Standard (NOSS).

“Sejak 2012 lagi, lebih 90 peratus perantis mendapat pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, perladangan dan perkilangan selain melakukan kerja sendiri dengan kemahiran yang dimiliki.

“Kerajaan sedia membantu mereka dengan bantuan modal untuk terlibat dalam keusahawanan dan pelaksanaanya juga dapat membantu kerajaan mengurangkan tahap kebergantungan negara kepada pekerja asing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz OmarUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd