• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Komited Naikkan Gaji Minimum RM1,500

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan komited terhadap agenda yang telah dijanjikan dalam manifestonya iaitu menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan dalam tempoh penggal pertama pentadbiran atau lima tahun, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.

Beliau berkata Pakatan Harapan telahpun memenuhi janji dengan melaksanakan gaji minumum yang standard di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran mereka, pada satu kadar yang ditetapkan RM1,050 berkuatkuasa 1 Jan 2019.

Menurutnya, keputusan untuk meningkatkan hanya RM50 bagi pekerja di Semenanjung adalah satu keputusan yang sukar dan tidak bertujuan untuk merendahkan sumbangan pekerja terutamanya golongan B40.

“Ini bukanlah perjalanan yang terakhir untuk gaji minimum di Malaysia.

“Kami baru menjadi kerajaan selama empat bulan sahaja dan kami bertekad untuk memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto kami termasuk gaji minimum menjelang akhir tempoh pentadbiran kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai gaji minimum bagi sektor swasta .

Pada masa ini, gaji minimum Semenanjung Malaysia ialah RM1,000 manakala di Sabah dan Sarawak ia ditetapkan pada RM920.

Dalam isu gaji minimum ini Kulasegaran berkata majikan perlu bersedia untuk kenaikan gaji minimum di tahun-tahun yang akan datang.

“Berikan kerajaan masa untuk membetulkan beberapa perkara. Agenda gaji minimum sememangnya satu enigma bagi negara,” katanya.

Sebelum membuat keputusan itu, kerajaan perlu ​​​​​​​menilai kedudukan keseluruhan ekonomi dan kewangan dalam negara, selain memperbaiki suasana pelaburan negara, katanya. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: Gaji MinimumM Kulasegaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd