Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Kedah Sasar Layak Ke...

KUALA LUMPUR - Pasukan Kedah masih mencari pemain berkualiti untuk memperkuatkan pasukan itu...

Generasi Kedua Felcra Seberang...

PASIR SALAK — Seramai 710 bakal pembeli projek Perumahan Generasi Kedua (Fasa 2)...

Jakarta Tolak Tawaran Hantar...

JAKARTA: Indonesia menolak tawaran pihak berkuasa Arab Saudi untuk menghantar tambahan 10,000 lagi...

Nenek 97 Tahun Angkat...

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan...

Kerajaan Berusaha Pulih Kedudukan Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR – Kerajaan persekutuan akan berusaha memulihkan kedudukan politik Sabah dan Sarawak serta mengembalikan semula kedudukan kedua-dua negeri berkenaan sebagai antara tiga wilayah yang membentuk Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selain kesaksamaan politik, janji-janji berhubung hak-hak ekonomi dan sosial yang dibuat kepada rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan dilupakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebaik sahaja keadaan ekonomi negara pulih.

“Rakyat Sabah dan Sarawak akan lebih yakin dengan visi perpaduan PH merangkumi semua bangsa dan agama serta setiap wilayah, dan setiap wilayah geografi yang mengukuhkan dan memperkuatkan jiwa Malaysia sebagai negara demokratik, menghormati kedaulatan undang-undang dan pada masa sama meraikan kepelbagaian dan keterangkuman.

“Hanya dengan keadilan politik, sosial dan ekonomi untuk Sabah dan Sarawak, kita dapat mengatasi politik bahaya pihak pembangkang yang cuba memisahkan hubungan antara kaum, chauvinisme etnik, dominasi perkauman, ekstremisme agama dan apa-apa pergerakan kemerdekaan yang menimbulkan keraguan dan kebencian membuta tuli,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan PH selepas rasionalisasi ekonomi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia daripada skandal kewangan Barisan Nasional.


Beliau percaya rakyat Malaysia memahami bahawa kerajaan baharu sedang bergelut untuk memperbaiki situasi kewangan ekoran skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah lebih RM1 trilion. – BERNAMA

Kategori