Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Agong Puji Pelajar Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kisah seorang pelajar Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci ketika...

Rakyat Terkandas Boleh Pulang...

PERGERAKAN pulang rakyat yang terkandas di kampung akan bermula 7 Mei dan berakhir...

Siapa Berkuasa, CEP Atau...

MAJLIS Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dikekalkan walaupun tempoh 100...

Harga Minyak Naik Atau...

KUALA LUMPUR - PAS membidas pihak pihak yang terlupa untuk mengupas tentang fakta...

Nenek 97 Tahun Angkat Berat Dapat Emas

BIASANYA warga emas yang mencecah umur 90 tahun ke atas lebih banyak menghabiskan masa yang tersisas dengan duduk dan melakukan aktiviti ringan tetapi hal yang sebaliknya berlaku oleh seorang nenek 97 tahun yang mempu mengangkat berat.

Lapor CNN Indonesia, pada asalnya, Edith Traina yang merupakan guru tarian namun dia telah berkecimpung dalam sukan akan berat sejak enam tahun lalu apabila rakannya membawa dia ke pusat gimnasium Akademi Bill Beekley.

“Saya punya kawan bernama Carmen. Dia yang memperkenalkan saya dengan sukan ini dan membawa saya ke gym,” katanya.

Setiap minggu, wanita tua dari Florida, Amerika Syarikat ini akan mengambil masa sebanyak 3 kali melakukan latihan angkat berat di gym.

Sejak itu, dia mula mengambil bahagian dalam beberapa sukan angkat berat dan berjaya merangkul beberapa pingat emas.

Kelebihan Traina mendapat perhatian dan penghormatan apabila salah satu pertandingan angkat berat telah diadakan bersempena namanya iaitu Edith Traina Inspirational Open 2018.


Pertandingan tersebut diadakan di Fasiliti Latihan Stronglife di sini yang mana disertai peserta remaja berumur 13 tahun dan beberapa individu warga emas.

Selain itu, dia telah mengambil bahagian dalam enam pertandingan sepanjang tahun dan baru-baru ini memenangi pingat emas di Polk County Senior Games 2018 dalam bahagian 95-99 dan merupakan satu-satunya peserta yang bertanding.

Traina juga bercita-cita mahu mengangkat beban seberat 90 kilogram sebelum mencapai usia 100 tahun.

Dia juga berharap agar ada warga emas lain yang menyertai sukan ini dan mampu menjadi saingan buat dirinya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori