• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keracunan Alkohol: 13 Serbuan, 10 Ditangkap Di Selangor

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 10 pengusaha serta pekerja kedai runcit dan kedai serbaneka dalam 13 serbuan di negeri ini berhubung kes keracunan arak yang meragut 22 nyawa di Selangor sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata operasi ‘Ops Methanol’ dari Rabu hingga pukul 2 petang tadi dilakukan di premis kedai runcit dan kedai serbaneka di Shah Alam, Gombak, Sungai Buloh dan Kajang.

Menurutnya, 10 individu terbabit terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita iaitu tiga warga tempatan, tiga warga Nepal, dua warga Myanmar serta dua warga India kesemuanya berusia antara 19 dan 52 tahun.

“Dalam serbuan itu, sebanyak 1,021 botol arak dan 1,695 tin bir pelbagai jenama dirampas. Kesemua suspek kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa yang maut akibat keracunan alkohol di sekitar Selangor meningkat kepada 22 orang berbanding 20 mangsa semalam, manakala 22 mangsa masih menerima rawatan dan 14 telah dibenarkan keluar hospital.

Sejak Isnin lalu, selain warga asing dan tempatan yang meninggal dunia, termasuk dua di Perak, berpuluh lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang akibat keracunan alkohol. – BERNAMA

Tags: ditangkapkeracunan alkohol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

398 Tahanan Etnik Rohingya Berjaya Ditahan

21/04/2022
0

ALOR SETAR : Sebanyak 398 etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu dekat sini...

Pembunuh Imam Fadi Berjaya Ditangkap

09/01/2022
0

PETALING JAYA – Lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd