Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Luahan Menyayat Hati Anak...

Entah mengapa, secara tiba-tiba luahan seorang lelaki yang mendedahkan dirinya sebagai anak Mohd...

SPRM Kelantan Cari Lelaki...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang mengesan seorang lelaki...

Atlet Memanah Diberi Tempoh...

KUALA LUMPUR - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi tempoh dua minggu kepada...

Sony SmartWatch 3, Rekaan...

SONY selain memperkenalkan Xperia Z5 untuk pasaran Malaysia, mereka juga turut memperkenalkan sebuah...

Kepimpinan PAS Pusat Bincang PRK Port Dickson Esok

KUALA TERENGGANU – Kepimpinan PAS Pusat akan bermesyuarat di sini malam esok untuk memutuskan sama ada akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka akan membincangkan kewajaran meletakkan calon pada PRK itu.

“Kita akan dengar pandangan daripada semua pihakā€¦ khususnya pandangan daripada jabatan pilihan raya PAS Negeri Sembilan yang telah turun ke bawah (mendapatkan laporan),” katanya ketika ditanya mengenai pendirian PAS bagi PRK itu.

Abdul Hadi ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, mengosongkan kerusi berkenaan untuk membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Hari penamaan calon PRK itu ditetapkan Sabtu ini. Hari pengundian 13 Okt.


Setakat ini, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong mengesahkan akan bertanding pada PRK itu.

Barisan Nasional semalam mengumumkan akan memboikot piliihan raya tersebut. – BERNAMA

Kategori