• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Warta 92,697 Hektar Kawasan Tadahan Air Baharu

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kelantan mewartakan 92,697 hektar hutan simpan di seluruh negeri itu sebagai kawasan tadahan air baharu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad berkata kawasan baharu itu adalah sebagai tambahan kepada 35,898 hektar yang diwartakan pada 2008, menjadikan keluasan keseluruhan 128,595 hektar.

“Jumlah berkenaan meliputi 20.97 peratus daripada keseluruhan hutan simpan kekal yang ada di negeri ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata penambahan kawasan tadahan itu adalah selaras dengan Seksyen 10(1)(e) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang memberi kuasa kepada negeri untuk menyediakan seluas mungkin kawasan tadahan air di sesebuah negeri.

Katanya dua kawasan Orang Asli iaitu Pos Dakoh dan Belatim di Gua Musang antara yang diwartakan sebagai tadahan air sekali gus menjadikan kawasan tersebut bebas pembalakan.

Mengulas perkembangan lain, Timbalan Mursyidul Am PAS itu meminta kepada yang berkenaan agar tidak membuat spekulasi berhubung parti tersebut bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Katanya sama ada parti itu akan meletakkan calon atau tidak di kawasan berkenaan hanya akan diketahui esok.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan diberi kemenangan percuma pada PRK itu walaupun UMNO telah menarik diri daripada bertanding.

“Mungkin calon Bebas akan masuk dan tak akan beri kemenangan percuma. Waktu Tok Guru (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meninggal calon Bebas juga yang bertanding walaupun UMNO tak sertai (PRK Chempaka),” katanya. – BERNAMA

Tags: Kawasan Tadahan AirKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd