• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas 4,000 Liter Arak Tiruan

oleh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 4,000 liter minuman keras pelbagai jenama menerusi 220 serbuan di beberapa premis menjual arak di sekitar Lembah Klang susulan kes keracunan arak yang mengorbankan banyak nyawa, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T.Subromaniam.

Beliau berkata dalam operasi itu yang bermula sejak kes keracunan itu mendapat liputan meluas, seramai 34 individu termasuk tiga wanita yang sebahagiannya terdiri daripada warga asing ditahan pihaknya setelah disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan arak haram dan yang belum lulus kastam.

“Menerusi penangkapan ini, Kastam ingin memberi amaran bahawa mana-mana pihak boleh didakwa jika premis mereka dibenarkan untuk menyimpan dan memproses arak tiruan,” katanya dalam sidang media di pejabat Wisma Kastam Selangor di Pelabuan Barat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Beliau mengulas mengenai kes kematian akibat keracunan metanol yang dicatatkan di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak yang masih kekal 40 orang sehingga kini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah kematian akibat keracunan metanol di Selangor seramai 24 orang, Kuala Lumpur (11) orang, Perak (empat) orang dan Negeri Sembilan (satu) orang.

“Berdasarkan kewarganegaraan pula, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), 10 (Nepal), 11 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan,”katanya.

Sementara itu, Subromaniam berkata dalam kes terbaharu, JKDM berjaya membongkar kegiatan sindiket pemprosesan arak tiruan hasil serbuan di sebuah rumah di Taman Klang Utama di sini, Rabu lepas.

Katanya dalam serbuan itu yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 pagi itu, JKDM turut menahan seorang lelaki berusia 63 tahun selain merampas 1,966 liter pelbagai jenama minuman keras seperti Mandalay, Club 99 dan Grand Royal melibatkan nilai cukai berjumlah RM260,090.31.

“Kita turut menjumpai beberapa tong dipercayai mengandungi methanol dan perisa brandy serta alat-alat pembotolan arak terbabit,”katanya.
Subromaniam berkata hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket tersebut adalah menjadikan kawasan perumahan awam sebagai lokasi pemprosesan arak bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Katanya arak tiruan itu kemudiannya dijual di sekitar pasaran Lembah Klang menyasarkan warga asing yang bekerja di negara ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 74(1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1976 dan Seksyen 6(1) Akta Membaharui Undang-undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976. – BERNAMA

Tags: arakKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Bekalan Air Di Melaka Dijangka Pulih

Next Post

Rizab Boleh Guna Malaysia Lebih AS$104 Bilion

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

Rizab Boleh Guna Malaysia Lebih AS$104 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd