• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Melaka Dijangka Pulih

oleh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Gangguan bekalan air di negeri ini khususnya di daerah Melaka Tengah dijangka pulih sepenuhnya esok, kata Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Beliau berkata gangguan yang berlaku dalam tempoh kira-kira dua minggu itu disebabkan loji rawatan di Bukit Sebukor, Merlimau dan Bertam tidak mendapat sumber air mencukupi dari empangan sedia ada.

Katanya ia berikutan paip sepanjang 70 kilometer dari Sungai Gerisik di Muar ke loji Merlimau dan Bertam bocor, selain kerja penyelenggaraan dilakukan di kolam takungan di Empangan Tunggal di Alor Gajah.

“Kita sepatutnya mendapat 17 juta gelen air sehari untuk disalurkan ke loji Bukit Sebukor berbanding hanya 14 juta gelen air sehari dalam tempoh berkenaan.

“Kekurangan kira-kira tiga juta gelen air sehari di loji Bukit Sebukor ini menyebabkan berlakunya gangguan air di kawasan Melaka Tengah,” katanya pada sidang media mengenai isu gangguan bekalan air di negeri ini di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Mohd Khalid Nasir dan Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman @ Sulaiman.

Mengulas lanjut, Mohd Sofi berkata kerja pembaikan paip di Sungai Gerisik serta kerja penyelenggaraan kolam takungan terlibat telah selesai dilakukan dan kerja pengepaman air ke kolam takungan sedang giat dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri melalui SAMB dan BKSA Melaka sedang memikirkan mekanisme dan medium terbaik bagi pemakluman atau notis berkaitan gangguan bekalan air di negeri ini agar maklumat berkenaan diperoleh rakyat dan persediaan bagi menghadapi situasi berkenaan dapat dilakukan.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata SAMB memohon maaf atas kelewatan notis gangguan bekalan air di kawasan terlibat kerana insiden yang berlaku di luar jangkaan, manakala Faizah berkata BKSA Melaka telah bersedia untuk melakukan proses pembenihan awam ekoran paras air di Empangan Asahan berada pada tahap yang rendah.

Faizah berkata paras air di Empangan Asahan pada hari ini mencatatkan bacaan 46.7 peratus iaitu mencapai tahap amaran dan ia dijangka hanya dapat bertahan dalam tempoh dua minggu sekiranya hujan tidak turun. – BERNAMA

Tags: gangguan air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd