• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Berusia 400 Tahun Ditemui Di Perairan Portugal

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CASCAIS (PORTUGAL) – Pakar arkeologi yang menjalankan pencarian di sekitar perairan Portugal menemui bangkai sebuah kapal berusia 400 tahun, dipercayai karam berhampiran Lisbon selepas pulang dari India dengan membawa muatan rempah.

Pengarah projek, Jorge Freire berkata, penemuan berkenaan dianggap yang terbesar dalam dekad ini jika dilihat dari aspek warisan.

“Di Portugal, ia adalah penemuan terpenting setakat ini,” katanya.

Di dalam dan sekitar kapal berkenaan yang terletak 12 meter di bawah permukaan air, penyelam menemui pelbagai jenis rempah, sembilan meriam gangsa dengan tulisan Portugis, seramik China dan siput gerus, iaitu sejenis mata wang yang digunakan bagi perdagangan hamba semasa era kolonial.

Ditemui pada 3 September lalu di perairan Cascais iaitu sebuah tempat peranginan di luar bandar Lisbon, bangkai kapal itu dan semua objek di dalamnya masih terpelihara dengan baik, kata Freire.

Freire dan pasukannya percaya kapal berkenaan karam antara tahun 1575 dan 1625, iaitu pada zaman kemuncak perdagangan rempah membabitkan Portugal dengan India.

Pada tahun 1994, kapal Portugis ‘Our Lady of the Martyrs’ ditemui berhampiran Fort of Sao Julio da Barra, sebuah kompleks pertahanan tentera berhampiran Cascais. – Reuters/BH ONLINE 

Tags: ArkeologiKapal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Ditemui Selamat Selepas Hanyut 7 Minggu

Next Post

AS Tambah Bantuan Kemanusiaan Rohingya

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

Next Post

AS Tambah Bantuan Kemanusiaan Rohingya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd