Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guna Serbuk Kopi Hasilkan...

KLUANG - Kopi bukan sekadar minuman, malah adunan serbuk kopi boleh menghasilkan sebuah lukisan...

OnePlus X Kini Boleh...

ONEPLUS X merupakan salah satu telefon terbaru daripada OnePlus yang telah diumumkan baru-baru...

Pendeposit TH Disaran Tidak...

SHAH ALAM – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan pendeposit Tabung...

PRN Sabah: KKM Rayu...

PUTRAJAYA - Menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini, semua pihak...

Kaji Mantera Pengasih Pugai Sabah

KOTA KINABALU – Mantera dalam ilmu pengasih pugai perlu dikupas secara akademik dan bukan hanya dilihat dalam konteks memikat seseorang yang diingini secara mistik.

Calon Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Budaya di Pusat Penataraan Ilmu dan Budaya (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jasman Bandar, berkata kebanyakan orang pada masa kini memandang pugai dengan persepsi negatif.

Jasman dalam kertas kerja Pugai Masyarakat Sungai Kota Marudu: Satu Pengenalan berkata, setiap perkataan pada mantera pugai mempunyai unsur akademik yang boleh dikupas, sekali gus diperkenalkan seperti kajian ke atas budaya pantun masyarakat di negara ini.

“Jika kita membuat perbandingan dengan pantun yang diwarisi dari zaman nenek moyang, mantera dalam pugai itu juga boleh diperkenalkan, diketengahkan dan dikupas untuk akademik serta bukan untuk diamalkan hingga menyimpang kepada negatif.

“Bagaimanapun, persepsi masyarakat yang percaya pugai memberi kesan negatif mendorong kepada penghapusan budaya tradisi lisan pugai ini daripada terus bertahan dalam khazanah budaya tempatan.

“Ini kerana pugai dianggap boleh menyebabkan sesuatu perkara buruk akan berlaku dan ini sebenarnya tidak benar sama sekali,” katanya di Persidangan Antarabangsa Sejarah, Warisan dan Folklor Nusantara (PASWFN) di UMS di sini.

PASWFN dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar Akademik (HEPA) UMS, Prof Dr Ismail Ali pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi PASWFN, Prof Madya Dr Low Kok On.

Jasman berkata, jika diteliti dalam konteks budaya tradisi, pugai mengekspresi nilai kehidupan, kerukunan, kedamaian, kesejahteraan dan etika, manakala banyak korpus ilmu sains manusia terkandung di dalamnya.

Beliau berkata, sikap manusia yang prejudis nilai budaya menyebabkan mereka menuduh tradisi lisan pugai ini dianggap memberi kesan yang dipandang daripada sudut negatif.

“Apatah lagi dengan penyalahgunaan individu yang mempunyai kepentingan tersendiri dan menggunakan pugai mengikut hawa nafsu.

“Pada dasarnya mereka menggunakan pugai tanpa merujuk apa-apa panduan yang diperturunkan oleh generasi terdahulu.

“Mereka sebenarnya sudah menyalahgunakan pugai sesuka hati tanpa kebenaran orang yang mahir dalam pugai dan menyebarkannya secara tidak sah kepada orang lain, sekali gus menyumbang kepada gejala negatif seperti masalah rogol dan curang,” katanya.


Secara etimologinya kata pugai dalam etnik Sungai berasaskan kepada perkataan ‘pu’ yang bermaksud hembusan dan ‘gai’ yang membawa makna orang yang dikehendaki.

Maka, jika digabungkan kedua perkataan ini membawa maksud menggunakan sesuatu bacaan yang dilakukan dengan hembusan nafas kepada orang yang dikehendaki.

Dalam konteks makna budaya dalam konteks si pemakai pugai, ia dikaitkan dengan hasrat dan keinginan ‘ondoman’ seseorang untuk mendapatkan orang yang diinginkan untuk dijadikan pendamping hidup

Jasman yang membuat kajian di Kota Marudu berkata, kajian sebenarnya membincangkan pugai dalam konteks penyelidikan akademik yang dilakukan sebagai usaha menghasilkan kajian baharu yang memberikan implikasi besar kepada sumbangan dan kepentingan kajiannya kepada masyarakat dan negara.

“Ia juga dilakukan sebagai strategi pelestarian akademik yang sistematik untuk memelihara dan mengekalkan khazanah ilmu pengetahuan tradisi,” katanya.

Terdahulu daripada itu, Kok On berkata, kira-kira 80 pengkaji dan ahli akademik berkampung dua hari di UMS untuk memastikan sejarah, warisan dan folklor Nusantara tidak pupus dalam zaman teknologi maklumat (IT) ini.

Beliau berkata, persidangan itu bukan hanya sekadar membentang kertas kerja sebaliknya menerbitkan hasil kajian itu sebelum diserahkan kepada perpustakaan negeri, negeri dan UMS sendiri sebagai rujukan serta rekod pengkaji pada masa akan datang.

“Kita mempunyai banyak sejarah dan warisan serta folklor dan antara objektif persidangan adalah untuk berkongsi dapatan kajian masing-masing dalam tiga bidang berkenaan di Nusantara,” katanya. – BH Online

Kategori