• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Bakal Berdepan Taufan Paling Kuat

oleh
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Jepun bersiap sedia untuk berdepan ancaman taufan kuat yang kian menghampiri pantai Pasifik selatannya, dan agensi cuaca pada Isnin memberi amaran bahawa ia mungkin membadai negara itu pada Selasa serta merupakan yang paling kuat pernah melanda Jepun dalam tempoh 25 tahun, lapor agensi berita China Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata “Taufan Jebi” mungkin membadai wilayah Shikoku terlebih dahulu pada Selasa, namun kawasan sekitarnya dinasihat berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan kejadian angin kencang, hujan lebat, ombak tinggi, banjir dan tanah runtuh yang dijangka berlaku.

JMA berkata Taufan Jebi bergerak di trajektori utara-barat laut Lautan Pasifik selatan menuju Pulau Honshu pada kelajuan 20 kilometer sejam pada pukul 3 petang tadi waktu tempatan.

Ia mempunyai tekanan atmosfera 945 hectopascal, kata agensi itu, dan membawa angin kencang pada kelajuan sehingga 216 kilometer sejam di pusatnya.

Dalam satu taklimat akhbar tergempar berhubung perkara itu pada Isnin, seorang pegawai agensi cuaca berkata taufan tersebut telah dikategori sebagai “amat kuat” berdasarkan kelajuan angin kencangnya, dan mungkin menjadi taufan paling kuat pernah membadai Jepun sejak tahun 1993. – BERNAMA

Tags: jepunTaufan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd