Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Pasangan Paling `Hot’ Di...

Dr Mikhail Varshavski yang telah dinobatkan sebagai `doktor paling seksi’ oleh majalah People...

Cuaca Panas, Resipi Mudah...

DALAM keadaan cuaca panas melampau sekarang, dapat menikmati Tau Fu Fah sejuk pastinya memberi...

4 Sekeluarga Maut Dalam...

KOTA TINGGI - Empat sekeluarga maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam...

AirAsia Padam Iklan Papar...

SEPANG - AirAsia terpaksa memadamkan iklan yang dimuat naik ke akaun Facebooknya setelah...

Jenazah Mangsa Kemalangan Semasa Ribut Selamat Dikebumi

PADANG BESAR – Jenazah suami isteri serta bayi dalam kandungan yang maut dalam kemalangan ketika ribut di Jalan Bukit Chabang dekat sini, malam tadi selamat dikebumi petang ini.

Pengebumian jenazah Mohd Hafiz Johari, 28, isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27, serta bayi lelaki mereka yang dibedah keluar dari kandungan, di Tanah Perkuburan Kampung Kok Mak di sini, pada kira-kira 5.30 petang, dihadiri lebih 100 anggota keluarga serta kenalan pasangan itu.

Dalam kejadian 9.30 malam tadi, kereta dinaiki suami isteri itu bersama anak mereka, Alya Huwaynaa, 4, bertembung dengan kereta dipandu seorang anggota polis, Muhamad Amirul Naim Aziz, 24, yang turut maut dalam nahas itu.

Siti Asmah sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak keduanya hari ini. Berikutan itu, bayi tersebut terpaksa dibedah keluar.

Alya Huwaynaa, isteri Muhamad Amirul Naim; Ku Noorshakila Ku Sharudin, 25, dan anak mereka Maya Iris Safiya, empat bulan, dan Mia Iris Safiya, 2, cedera dan masih dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.


Jenazah Muhamad Amirul Naim juga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seriab pada 1.45 petang tadi.

Akibat kejadian ribut itu juga, sebanyak 139 laporan membabitkan kerosakan kediaman diterima sehingga 4 petang tadi, selain banyak pokok tumbang di jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kemalangan.- BERNAMA

Kategori