• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenama & Inovasi Perlu Didokong Kepimpinan Baik

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap produk atau jenama baharu perlu didokong dengan kepimpinan yang baik bagi memastikan daya tahannya untuk terus bersaing dengan produk global dunia yang lain, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Sejarah menunjukkan banyak syarikat yang satu ketika dahulu gah, malah pernah tersenarai dalam Fortune500, gagal mempertahankan momentum dan daya saing mereka, akhirnya hilang begitu sahaja.Di Malaysia, kita ada MEC, Satay Ria, Mega TV, Metro TV, namun dah tak ada kini. Mereka bermula dengan inovasi, kemudian hilang.

“Inovasi perlu didokong dengan leadership (kepimpinan) yang baik bagi menjamin model dan mengangkat idea supaya ia betul-betul boleh menjadi sesuatu yang menguntungkan,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Harta Intelek Negara 2018 anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini hari ini.

Mengenai kesedaran untuk berinovasi, Saifuddin Nasution menarik perhatian bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha menjadi sebuah negara maju berasaskan pemilikan harta intelek dan permohonan cap dagangan yang meningkat.

Pada 2017, sejumlah 50,188 permohonan harta intelek difailkan di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada 2017, sejumlah 39,736 pendaftaran harta intelek dikeluarkan dengan peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, menyaksikan 35 peratus daripadanya dimiliki rakyat Malaysia.

“Walaupun jumlah itu masih belum dapat menandingi jumlah pemilikan warga luar negara saya percaya berdasarkan trend peningkatan permohonan setiap tahun, kita masih boleh capai sasaran 50 peratus sekiranya dapat meneruskan momentum sedia ada untuk terus menghasilkan harta intelek dengan sokongan kerajaan,” katanya.

Mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Saifuddin Nasution berkata ia kini berada di peringkat perbincangan dan kerajaan sedang menunggu tempoh untuk memasuki fasa ratifikasi.

“Kita merupakan signatory, selepas proses tandatangan ada satu lagi fasa iaitu proses ratifikasi dan perjanjian ini tidak ikat mana-mana negara untuk buat proses ratifikasi bahawa ia perlu dibuat untuk sekian-sekian masa,” katanya.

Anugerah kali ke-13 sejak pertama kali diadakan pada 2006 menyaksikan Universiti Putra Malaysia dinobatkan pemenang Emas bagi kategori utama daripada tujuh kategori iaitu Pengurusan Harta Intelek Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Selain kategori berkenaan, enam lagi kategori menyaksikan penerima emas iaitu Paten dimenangi UPM ; Cap Dagangan (The Hipster Pomade); Reka Bentuk Perindustrian (D Athirah Enterprise) ; Hak Cipta (Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ; Perekacipta Harta Intelek bagi pelajar institusi kemahiran atau setaraf (Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat, Johor) dan Perekacipta Muda Intelek bagi pelajar sekolah menengah (Maktab Rendah Sains MARA, Jeli, Kelantan). – BERNAMA

Tags: inovasiSaifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd