• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Nikmat Iman Dan Islam Ketika Hadapi Kesukaran

oleh
11/09/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar menjaga nikmat iman dan Islam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kerana dua nikmat ini akan menentukan hala tuju dan nasib hamba Allah di akhirat kelak.

Baginda bertitah ia penting kerana umat Islam di seluruh dunia ketika ini sedang menghadapi suasana dan ujian yang sukar.

“Umat Islam di negara kita juga sedang diuji dengan usaha-usaha untuk menafikan kedudukan Islam seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

“Oleh itu jagalah kunci penting peristiwa hijrah iaitu kesatuan dan perpaduan ummah sebagaimana kesatuan Muhajirin mendukung perjuangan Islam dan semangat perpaduan Ansar menerima saudara Muhajirin yang tidak dikenali,” titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Baginda bertitah kunci penting iaitu kesatuan dan perpaduan ummah telah membawa kepada terbinanya Madinah yang menjadi model kerajaan Islam terbilang yang dipenuhi rahmat kepada seluruh masyarakat, sama ada penduduknya Islam atau bukan Islam.

“Oleh yang demikian bersempena dengan sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu pada hari ini, marilah kita mengambil semangat dan pengajaran daripada peristiwa hijrah untuk menyantuni dan berkasih sayang antara sesama umat Islam.

“Selain itu, konsep kasih sayang ini juga dapat membanteras kemiskinan dan masalah sosial dengan cara menyantuni fakir miskin dan orang-orang yang tidak mampu serta saling menawarkan bantuan sesama umat Islam. Semoga Allah SWT mengurniakan tahun hijrah 1440 yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,” titah baginda.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail disambut Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Bekas pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Talib Abdul Rahman, 65, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri berdasarkan sumbangan dan komitmen beliau dalam meninggikan syiar Islam di Terengganu. – BERNAMA

Tags: sultan terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

04/07/2023
0

KUALA TERENGGANU: Adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Norhana Sultan Mahmud mangkat, pada jam 4.52 pagi ini....

Sultan Terengganu Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 di Istana Negara di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd