• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati Remuk… Mahu Pelaku Diberi Hukuman Setimpal – Kaka Azraff

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai dobi, baru-baru ini.

Kaka, 29, berkata sebagai pencinta haiwan hatinya remuk apabila membaca berita tersebut dan mahu dua pelaku itu diberikan hukuman setimpal.

“Sejujurnya, saya tak sanggup nak tengok video yang tular itu kerana rasa kasihan dan geram dengan pelaku itu.

“Mereka seolah-olah hilang sifat perikemanusiaan dan melakukan penyiksaan kepada haiwan yang tak ada salah.

“Saya harap mereka diberikan hukuman setimpal dan jadi pengajaran kepada kita semua,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakan didakwa bunuh kucing

Kaka ditemui semasa majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 di RedBox Plus, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak, Selangor.

Kaka Azraff tampil dengan single terbaharu Shout It Out.

Sehubungan itu dua rakan serumah iaitu pemandu teksi, A Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik, S.S Satthiya, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis kerana perbuatan itu. Seorang lagi rakan mereka masih bebas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Sibuk ini muncul dengan single terbaharu berjudul Shout It Out yang menjadi OST filem Gol & Gincu Vol. 2.

Kaka berkata dia teruja apabila diberi peluang menyanyikan lagu tersebut kerana dia merupakan peminat siri filem itu.

“Saya memang minat filem Gol & Gincu dan pernah ada impian nak berlakon tapi tak ada rezeki, jadi dapat menyanyikan lagu OST pun dah cukup besar penghargaan.

“Alhamdulillah, muzik video lagu Shout It Out sudah dilancarkan di laman YouTube dan menerima komen positif pendengar,” katanya. – mStar Online

Tags: kaka azraffpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd