• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gara-Gara Rantai Palsu, Aishah Disangka Menang Karaoke

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Aishah menepis dakwaan kononnya dia bersikap tamak sehingga berniat jual hadiah berupa barang kemas pemberian Datuk Seri Vida yang dikatakan bernilai mencecah RM80,000.

Malah jelas Aishah, dia bagaimanapun terpaksa menanggung malu apabila jurunilai sebuah kedai emas yang dikunjunginya memaklumkan bahawa batu permata yang dimilikinya itu adalah palsu.

“Itu semua mulut-mulut puaka, sama sekali tidak benar (mahu jual rantai). Namun secara logiknya, seseorang itu mempunyai hak terhadap barangan yang dihadiahkan kepadanya.

“Namun percayalah, niat saya adalah untuk ubah loket sebesar ini menjadi barang kemas yang lebih kecil untuk dipakai seharian,” katanya.

Aishah, 53, berkata demikian ketika menemani wartawan mStar Online menemui pakar gemologi daripada Global Gemelogical di Bangsar pada Isnin.

Tambah Aishah, dia pada mulanya sukar mempercayai apabila kali pertama dimaklumkan bahawa barang kemas yang dihadiahkan kepadanya itu adalah palsu.

Jelasnya, jawapan sama turut diterima selepas tiga kali melakukan pemeriksaan terhadap ketulenan loket pada berkenaan.

“Peniaga emas itu gelakkan saya kerana menang rantai palsu, dia tanya sama ada saya menang pertandingan karaoke,” katannya.

Sementara itu wakil Global Gemelogical yang dikenali sebagai Kyrylo berkata, hasil ujian mendapati batu berwarna biru di tengah-tengah loket berkenaan adalah jenis sintetik atau bukan daripada sumber semulajadi.

Bagaimanapun menurut Kyrylo, sembilan batu kecil berwarna biru pada loket itu adalah jenis batu sapphire asli yang telah menjalani proses kimia bagi menyerlahkan lagi warnanya.

Manakala batu putih lutsinar yang menghiasi loket berkenaan dikenalpasti sebagai batu Swarovski Zirconia.

“Malang sekali kami tidak dapat menentukan nilai sesuatu permata yang dibawa untuk diuji. Tugas kami hanya menganalisa kandungan batu berkenaan,” kata Kyrlo. – Mstar

Tags: Aisyahbarang kemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

Mangsa “Phone Scam” Sanggup Jual Barang Kemas Ibu

27/06/2025
0

BESUT: Seorang mangsa "phone scam" sanggup bertindak menjual barang kemas milik ibunya kerana takut namanya dikaitkan dengan kes penggubahan wang...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd