• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Diminta Segera Muktamadkan Penyata Hutang

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Pengurusan Felda diminta memberi perhatian dan mempercepatkan proses pengeluaran penyata hutang terperinci kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman berkata, langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji yang termaktub dalam manifesto termasuk memansuhkan 50 peratus hutang peneroka Felda.

“Langkah ini (menyediakan penyata hutang) kerja Felda, bukan kerja kerajaan sebab itu kita menuntut supaya Felda dapat mempercepatkan proses itu.

“Sampai hari ini kita belum mendapat maklum balas selepas hampir sebulan mengadakan perjumpaan dan saya hendak luahkan sedikit kekecewaan,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bersama kakitangan Kilang Sawit Felda Lepar Utara 4 dan wakil peneroka berkaitan penutupan kilang berkenaan.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, berdasarkan taklimat yang diberikan hari ini, FGV akan menutup operasi kilang berkenaan dalam tempoh dua minggu dan dijadikan sebagai pusat pengumpulan.

Bagaimanapun, katanya, FGV akan menanggung segala kos pengangkutan dan menjamin kualiti perahan ditentukan semasa kelapa sawit dihantar ke pusat pengumpulan. – UTUSAN ONLINE

Tags: Feldapenyata hutang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd