Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Rafizi Minta Penyokong PKR,...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong...

Mahkamah Minta Laporan Mental...

BANTING - Mahkamah Majistret di sini, hari ini tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan...

Juwairiya Ketua Cabang PKR...

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli memenangi...

Polis Hilir Perak Rampas...

TELUK INTAN - Polis Hilir Perak merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan satu...

Ditahan Hanya Beberapa Jam Selepas Pecah Rumah

KEPALA BATAS – Tiga lelaki tidak sempat ‘berjoli’ dengan hasil kegiatan pecah rumah mereka apabila ditahan beberapa jam selepas melakukan aktiviti itu di Ampang Jajar dekat Butterworth pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dua daripada mereka yang berusia 24 dan 22 tahun ditahan di sekitar kawasan itu manakala seorang lagi rakan mereka ditahan di Jalan Telaga Air.

Menurutnya, dua suspek terbabit sebelum itu memecah masuk dua buah rumah di Jalan Raja Uda dan Taman Ampang Jajar sebelum terserempak dengan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan yang kemudian mengejar kereta dinaiki mereka.

“Suspek bertindak meninggalkan kereta mereka di tepi jalan sebelum terjun ke sungai dan bersembunyi di dalam lumpur namun berjaya dikesan oleh anjing dari unit K9 sebelum mereka ditahan.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi rakan mereka beberapa jam selepas itu. Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah rumah di kawasan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori