Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Emas Pertama Acara Terjun...

IPOH – Emas pertama acara terjun Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang membuka tirai...

Pelajar Tingkatan Dua Lemas...

KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Felda Bukit Goh di sini...

Laporan PAC Buktikan Fitnah...

PUTRAJAYA - Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Surah Ar-Rahman, Bacaan Aliff...

SATU rakaman memaparkan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sedang tekun membaca...

Demo Duduk Sampai Maszlee Letak Jawatan

NEKAD… Empat siswa tekad ‘demo duduk’ di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini tanda protes pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Aktivis pelajar yang mengetuai bantahan itu, Asheeq Ali dan disertai oleh tiga lagi aktivis bertindak memegang manilakad yang tertulis ‘Hormat Autonomi Univeristi dan ‘Universiti milik mahasiswa bukan kaum Borjuis’.

Asheeq yang ditemui pihak media tempatan ketika demonstrasi ‘duduk bantah’ itu berkata bahawa mereka tidak akan berganjak selagi Menteri Pendidikan tersebut tidak mahu meletak jawatannya.

Beliau turut menempelak Maszlee yang juga pemimpin PPBM dan Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan pernah berkata kononnya ‘tidak akan menyalahguna universiti untuk kepentingan politik’.

“Apabila Maszlee telah dilantik sebagai Presiden UIAM, beliau telah campur aduk kuasa politik dalam universiti yang jelas bertentangan dengan kenyataannya semasa ditemu bual NSTP pada Jun lalu.

“Menteri ini berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya,” katanya yang juga merupakan pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terdahulu, Persatuan Staf Akademik UIAM dilaporkan mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu menerusi halaman sosial Facebook rasminya.


Ini menimbulkan bantahan dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional selain wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sendiri dan bekas pelajar UIAM yang menggesa Maszlee agar segera meletakkan jawatan.

Tambahan pula, pelantikan politik tersebut tidak boleh diterima dan Maszlee perlu melepaskan jawatan sebagai Presiden UIAM dengan segera.

Mereka tidak boleh terima tindakan sedemikian dan meminta beliau letak jawatan sebagai presiden UIAM segera. PH sendiri berbelah bahagi dengan pelantikan Maszlee. Ada wakil rakyat gabungannya pertikai lantikan tersebut.

Namun, di sebalik pelbagai kritikan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras pertahan pelantikan itu dan berpendapat konon pemilihan Maszlee bukan dibuat kerana beliau ‘orang’ PPBM.

Namun ketua kerajaan dengan usia tertua di dunia itu terpaksa berdalih dengan mendakwa pelantikan Maszlee dibuat kerana konon kredibilitinya serta kelayakan menteri tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori