• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dakwaan UMNO Tenat Tidak Tepat’

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dakwaan mengatakan Umno kini berada dalam keadaan tenat adalah tidak tepat sama sekali kerana parti itu masih mendapat sokongan kuat di peringkat akar Umbi.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, dakwaan mengatakan Umno kritikal hanya kerana beberapa pemimpin meninggalkan parti itu dan ia tidak boleh dijadikan kayu ukur.

“Kita (Umno) masih mendapat sokongan kuat daripada ahli di peringkat akar umbi. Pandangan mengatakan Umno dalam keadaan tenant hanya pandangan di lapisan paling atas. Sila turun ke akar Umbi, lihat sendiri sokongan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada parti tesebut selepas merasakan hala tuju Umno pada masa ini tidak selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Semalan pula, bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata keputusannya keluar daripada Umno dibuat sebagai memenuhi janjinya kepada pengundi kawasan Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah bahawa beliau akan keluar daripada Umno sekiranya BN gagal memenuhi janjinya dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata tanpa Umno dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangannya untuk mengembalikan hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 itu tidak akan membuahkan hasil.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, individu yang meninggalkan parti tidak perlu menyalahkan parti kerana ia sesuatu yang tidak wajar.

“Semasa mereka dalam Umno dan merasai nikmat parti mengapa tidak tegur kesalahan dan tinggalkan Umno 10 atau 15 tahun lepas. Kenapa selepas Umno kalah baharu bagi alasan sebegitu dan salah parti?” soalnya.

Menyentuh soal pemulihan Umno pasca PRU14, beliau mengakui proses tersebut berlaku begitu lambat dan berpendapat Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunggu Perhimpunan Agung Umno untuk menggariskan hala tuju parti.

“Bagi Veteran Umno, Ahmad Zahid selepas menjadi presiden parti, beliau perlu mengadakan mesyuarat agung khas bagi membincangkan hala tuju parti tetapi mungkin atas faktor kewangan beliau tidak adakan.

“Saya merasakan presiden parti tidak mahu keputusan mengenai hala tuju parti hanya ditentukan oleh pucuk pimpinan tetapi mahu perwakilan Umno berbahas dan melontarkan pandangan. Saya yakin dalam ucapan dasar, Ahmad Zahid akan menggariskan hala tuju Umno,” katanya. – Sinar Harian Online

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: UMNOVeteran UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd