• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah RM1.37 Juta, 4 Beranak Dicekup

oleh Cj Mnh
03/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Polis menahan sepasang suami isteri bersama-sama dua anak mereka berserta sejumlah dadah yang bernilai RM1.37 juta di sebuah rumah di Taman Permata Indah, Sungai Abong di sini Khamis lalu.

Suspek berusia 44 tahun dan isterinya berusia 42 tahun turut memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah di Batu Pahat pada 2013, manakala dua anak lelaki mereka berusia 16 dan 17 tahun masih bersekolah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, polis merampas 16,060 biji dadah disyaki pil ekstasi dalam serbuan berkenaan serta 3.35 kilogram dipercayai serbuk dadah terbabit.

“Pil ekstasi yang bernilai RM803,000 ditemukan dalam sebuah kereta jenis Nissan Teana di rumah terbabit, manakala serbuk yang dianggarkan berharga RM558,000 dijumpai di rumah berkenaan.

“Jumlah keseluruhan dadah serta sebuah lagi kereta jenis Honda CRV mencecah RM1.53 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tags: dadahpasangan suami isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd