• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

D7 Selangor Gempur Pusat Hiburan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Seramai 38 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Selangor di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, premis berkenaan didapati menawarkan perkhidmatan gadis GRO yang turut disyaki menawarkan perkhidmatan seks di luar premis.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

“Ketika semakan dilakukan, kami mendapati GRO berkenaan adalah warga Vietnam dan Thailand, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen selain melanggar syarat pas lawatan sosial.

“GRO itu juga dipercayai turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis dengan harga RM200 hingga RM300 mengikut tawaran atau tip daripada pelanggan.

“Selain itu, enam lelaki termasuk empat pekerja asing disyaki pekerja premis juga ditahan,” katanya.

Khaizam berkata, hasil semakan juga mendapati premis yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa. – BH ONLINE

Tags: polispusat hiburan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd