• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Larikan Jam Tangan Mewah, Seorang Lelaki Ditahan

oleh Ahmad Albab
10/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Hajat seorang lelaki yang ingin melarikan seutas jam tangan mewah tidak berjaya apabila dia berjaya ditahan di Taman Kota, Yong Peng, dekat sini, Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa didatangi dua lelaki berusia 40-an yang ingin membeli jam tangan miliknya berjenama Rolex yang bernilai RM35,800.

Katanya, mangsa sebelum ini mengiklankan untuk menjual jam tangan terbabit di dalam talian dan kemudiannya dihubungi oleh suspek yang berasal dari Kuala Lumpur yang menyatakan hasrat untuk melihat jam terbabit sebelum membelinya.

“Semasa melihat jam tangan itu, suspek cuba melarikannya namun gagal setelah mangsa berjaya menangkapnya di hadapan rumah sebelum menghubungi pihak polis untuk tangkapan dan siasatan selanjutnya.

Bagaimanapun, rakan suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dan kini pihak polis giat memburunya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.

Beliau berkata suspek yang ditahan didapati mempunyai dua rekod kes lampau berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan juga mencuri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam kes lain yang berlaku di bandar Yong Peng, semalam, seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM52,000 apabila 11 utas jam tangan miliknya dilarikan dalam kejadian pecah rumah.

Mender berkata semasa kejadian, suspek memecah masuk namun penggera keselamatan telah berbunyi sekali gus menyedarkan pemilik rumah akan kejadian berkenaan.

“Ketika kejadian, pemiliknya bercuti di Genting Highlands tetapi penggera keselamatan yang disambungkan ke telefon bimbitnya telah memberi amaran adanya kejadian pecah masuk,” katanya.

Melalui pemeriksaan selanjutnya, pemilik mendapati beberapa jam tangan miliknya telah hilang antaranya jenama Rado, Panerai, Mido, Orient serta turut kehilangan beberapa not mata wang asing.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd