• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Sertai Latihan Maritim Terbesar Australia

oleh Haris
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHINA mengambil bahagian dalam latihan tentera laut terbesar Australia, melibatkan lebih daripada 3,000 anggota daripada 27 negara di kawasan pelabuhan strategik utara Australia di Darwin.

Latihan Kakadu yang diadakan dua tahun sekali sedang menerima kehadiran 23 buah kapal dan kapal selam dari seluruh wilayah Indo-Pasifik, bertujuan membina keserasian untuk mencegah konflik di lautan dan mengatur usaha bantuan pascabencana.

Komander Anita Sellick dari kapal frigat HMAS Newcastle berkata dua kelasi Tentera Laut Diraja Australia telah menyertai kapal China, Huangshan semasa latihan.

Komander Australia, Laksamana Jonathan Mead memberitahu wartawan yang manfaat bersama boleh diperolehi melalui latihan bersama ini.

Latihan tentera bersama ini, yang akan berterusan hingga 15 September, disokong oleh tentera udara Australia dan melibatkan 21 buah pesawat.

Darwin, bandar paling hampir dengan Asia, merupakan bandar paling strategik Australia dan menempatkan satu kontinjen Marin Amerika Syarikat sejak 2011, menjadikannya tempat paling sesuai untuk latihan.

Latihan bersama ini merupakan satu perkembangan positif dalam hubungan Australia dengan China, di tengah-tengah pelbagai isu yang menjejaskan hubungan kedua-dua negara dan antara China dengan sekutu rapat Australia, AS.

Pada April, tiga buah kapal Australia nyaris berkonfrontasi dengan pihak China semasa melalui Laut China Selatan.

Kemudian pada bulan Mei, AS membatalkan jemputan kepada China daripada latihan tentera laut bersama dekat Hawaii atas alasan China menempatkan tentera di kawasan dipertikai di Laut China Selatan, dakwaan yang dinafikan Beijing.

Negara terlibat dalam Latihan Kakadu ialah: China, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Bangladesh, Brunei, Kemboja, Kanada, Chile, Kepulauan Cook, Fiji, Perancis, India, Malaysia, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Timur Timor, Tonga, Emiriyah Arab Bersatu, AS, Australia dan Vietnam. – Reuters

Tags: AustraliaChinaLatihan Kakadu 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cromok, Sil-khannaz Gegar Pasir Gudang

Next Post

Pakar Kecantikan ‘Jadian’ Ancam Nyawa

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Pakar Kecantikan 'Jadian' Ancam Nyawa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd