• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bentuk Kabinet Bayangan Setiap Kementerian

oleh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah membentuk kabinet bayangan untuk setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi meningkatkan peranannya sebagai pembangkang di Parlimen.

Kabinet bayangan, yang menggunakan sistem Jawatankuasa Portfolio (JKP) itu, dibentuk hasil rundingan antara parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata setiap JKP terdiri daripada pengerusi bersama melibatkan beberapa anggota Parlimen BN.

“JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga lagi orang dalam kalangan profesional termasuk wanita dan pemuda khususnya barisan pelapis. JKP berperanan sebagai ‘check and balance’ (semak dan imbang) bagi setiap kementerian. Ia juga sebagai ‘policy watch’ (pemantau dasar) serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar PH,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

JKP itu akan melibatkan empat kluster dengan yang pertama ialah Kluster Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang, Sumber Manusia dan Keselamatan.

JKP Jabatan Perdana Menteri adalah di bawah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tengku Razaleigh Hamzah;

JKP Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr Adham Baba;

JKP Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Zakaria Mohd Edris.

Kluster kedua ialah Kewangan, Ekonomi dan Industri antaranya dengan JKP Kewangan melibatkan Khairy Jamaluddin dan Arthur Joseph Kurup.

Kluster ketiga ialah Pendidikan, Sosial dan Budaya dengan JKP Pendidikan melibatkan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Kluster keempat ialah JKP Infrastruktur, Teknologi dan Kesihatan dengan JKP Komunikasi dan Multimedia antaranya melibatkan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Tambah Annuar, semua JKP itu akan terlibat dalam penggubalan belanjawan alternatif yang diketuai oleh Khairy.

Selain itu, katanya anggota Parlimen pembangkang blok yang lain iaitu Gagasan Sabah, Gabungan Parti Sarawak dan PAS turut dialu-alukan menyertai JKP tersebut sekiranya mereka berhasrat untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Annuar turut mendesak Menteri Besar Johor agar mengambil tindakan tegas atas perilaku seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atas tindakannya yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan baru-baru ini.

Annuar, yang juga Pengerusi Majlis Bahasa dan Budaya UMNO, mendesak agar kerajaan PH khasnya parti DAP untuk menyatakan pendirian terhadap isu tersebut.

Katanya tindakan mengetepikan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan telah menghina Sultan dan kedudukan istimewa bahasa tersebut.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Anggota MBIP yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi majlis itu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaBN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd