• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Tentera Calon PAS Di Port Dickson

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS meletakkan seorang bekas pegawai tentera, Left Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil untuk kerusi Parlimen Port Dickson.

PAS semalam mengumumkan akan bertanding di Port Dickson, selepas UMNO mengambil keputusan memboikot pilihan raya itu.

Calon PAS diumumkan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar tadi.

Pilihan raya kecil Port Dickson diadakan ekoran wakilnya dari PKR melepaskan kerusi tersebut, untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan memasuki Parlimen.

Anwar dijanjikan sebagai perdana menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan itu untuk satu tempoh.

Mahathir menyebut tempoh isu sekitar dua tahun, walaupun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) , tempoh itu tidak ditetapkan.

Mahathir dalam kenyataan terbaru di New York berkata janji beliau ialah Anwar akan dipilih sebagai perdana menteri kelapan selepas beliau menjadi perdana menteri sementara.

Bagaimanapun, kelihatan masih berlaku persainga sengit di belakang tabir untuk menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri oleh Mahathir dan penyokong-penyokongnya, termasuk dalam PKR sendiri.

Dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan, sebahagian Parti Amanah Negara (PAN) menyokong kuat Mahathir dan mahu beliau kekal sebagai perdana menteri.

Presiden PAN yang juga menteri pertahanan ialah antara penyokong kuat Mahathir, yang melihat kedudukannya lebih selamat bersama Mahathir.

PAS menganggap peluangnya untuk menang di Port Dickson sebagai sukar tetapi tidak mustahil.

Parlimen Port Dickson ialah kubu kuat PKR sejak pilihan raya umum tahun 2008.

Pilihan raya kecil ini akan mengukur populariti Anwar yang bertanding jauh daripada kawasan-kawasan yang dianggap lebih selamat, pada masa pilihan raya kecil itu juga dikritik kerana terpaksa diadakan semata-mata kerana Anwar.

Ia juga akan mengukur populariti PAS di kawasan pantai barat yang menyaksikan sokongannya merosot teruk semasa PRU14.

Pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan PKR, PAS, PRM, dan Bebas. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPASPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd