Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Peniaga Wanita Ditipu RM90,000

Kota Bharu : Peniaga dalam talian mengalami kerugian RM90,194 selepas diperdaya oleh scammer...

Minimunkan Rugi, Produk Vape...

PETALING JAYA - Kedai menjual rokok eletronik atau vape di Batu Pahat menawarkan...

Ramai Penuntut Di Turki...

KUALA LUMPUR - Lebih 350 daripada 500 pelajar Malaysia di Turki menyuarakan hasrat...

Tiada Lagi Status Kuning...

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa MySejahtera tidak...

‘Bayi Ajaib’ Selamat Selepas Disengat Kala Jengking

SEORANG bayi berusia tiga hari terselamat selepas disengat oleh kala jengking kuning apabila haiwan berbisa itu didapati bersembunyi di dalam salah satu lampin pakai buang bayi tersebut.

Ibu kepada bayi malang itu, Fernanda Ferreira hanya menyedari tentang perkara tersebut apabila bayinya lemah secara tiba-tiba dan buih mula keluar daripada mulutnya.

Ferreira bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi bayinya.
Setibanya di hospital, doktor menemui kala jengking tersebut di dalam lampin dan masih tersekat di tali pusat bayi berkenaan serta dipercayai telah menyengat bayi itu sebanyak tujuh kali.

“Keadaan Sofia sangat lemah ketika itu. Dia tidak mahu menyusu dan sukar untuk bernafas.

“Saya tidak tahu bahawa ada kala jengking di dalam lampinnya,” kata Ferreira.

Pakar pediatrik yang menjaga Sofia ketika itu terkejut apablila menemui kala jengking yang masih hidup di tali pusatnya.


Ferreria mengesyaki kala jengking tersebut merangkak masuk melalui longkang di dalam bilik air rumahnya dan memanjat ke almari tempat lampin bayinya itu disimpan.

“Saya dan suami menangis kerana kami yakin anak kami akan mati,” kata Ferreria.

Kala jengking kuning merupakan jenis spesies yang paling bahaya di Brazil dan telah mengakibatkan 184 kematian di Amerika Selatan pada 2017. – Daily Mail/mStar Online

Kategori