• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baik Pulih SMJK Keat Hwa Dimulakan Dua Minggu Lagi

oleh
25/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerja membaik pulih lima blok bangunan tiga dan dua tingkat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, di sini yang rosak dibadai ribut pagi tadi akan bermula dua minggu lagi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, tempoh itu diambil bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan penilaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat dilakukan

Katanya, sebanyak RM600,000 diperuntukkan Kementerian Pendidikan untuk kerja-kerja baik pulih bumbung blok bangunan tersebut.

“Kita juga perlu kerjasama dari pihak sekolah untuk menempatkan pelajar terbabit ke dewan sekolah serta ke tempat lebih selamat kerana bangunan yang kena ribut itu sudah tidak selamat digunakan lagi,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerja ke sekolah itu di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan memaklumkan lima mangsa yang mengalami kecederaan akibat ribut tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada pukul 9 pagi.

Mereka diberi rawatan pesakit luar.

“Mangsa yang terlibat merupakan pelajar perempuan yang berusia 14 dan 15 tahun yang mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan bumbung sekolah yang jatuh semasa ribut berlaku,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi tadi kira-kira kira-kira 2,000 pelajar dan lebih 100 guru dan kakitangan sekolah berkenaan panik apabila bangunan sekolah dibadai ribut kuat.

Sebahagian besar pelajar baru sahaja sampai di sekolah menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri. – BERNAMA

Tags: ribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd