• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Kecewa Langkah PD Cuma Dibincang Orang Tertentu

oleh
15/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN tidak ulas panjang, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi rasa kecewa isu pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan merujuk perkara itu yang kini dikenali sebagai ‘Langkah PD’ selepas Langkah Kajang pada 2014 gagal, beliau mendakwa isu tersebut hanya dibincang oleh kelompok pimpinan tertentu dalam parti sahaja.

“Saya percaya perkara ini boleh kita selesai dalam muafakat parti supaya tidak berlaku, terlepas pandang seperti ini pada masa akan datang,” katanya kepada wartawan selepas sesi perjumpaan dengan pemimpin PKR Wilayah Utara.

Pendedahan Azmin itu ternyata agak panas ketika pelbagai pemimpin PKR turut mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang persoal hal langkah terbaharu berkenaan.

Mengulas dengan lebih lanjut, Azmin berkata bahawa pandangan beberapa pemimpin itu adalah pandangan serius dan harus diberi perhatian.

Isu pengosongan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding jadi kontroversi kerana perbincangan mengenainya hanya dikuasai oleh team yang diketuai oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Azmin tidak hadir sidang akhbar pengumuman dan mesyuarat Biro Politik PKR membincangkan keputusan itu. Zuraida dan pimpinan PKR lain yang rapat dengan Azmin seperti Tian Chua juga tidak hadir.

Namun beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata bahawa perkara itu yang kini sudah diputuskan sudah menjadi isu “akademik” dan tidak perlu dibincang dengan panjang lagi.

“Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu,” katanya.

Dalam pada itu beliau menolak khabar angin kononnya beliau akan keluar parti berkenaan. Azmin berkata, perkara berkenaan sengaja ditimbulkan dan menganggapnya sebagai tohmahan jahat.

Katanya lagi, tidak masuk akal apabila beliau pula secara tiba-tiba mahu meninggalkan PKR ketika parti itu kini telah mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan.

“Macam mana saya hendak beri maklum balas, nama pun khabar angin,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Beradik Mati Lemas Ketika Mandi Di Port Dickson

Tiga Beradik Mati Lemas Ketika Mandi Di Port Dickson

24/04/2023
0

Kegembiraan empat beradik berkelah bersama saudara mereka sempena cuti Aidilfitri bertukar tragedi apabila tiga beradik wanita lemas ketika mandi manda...

Polis Buru Penunggang ‘Tik Tok’

03/04/2022
0

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi melepaskan tangan sambil menari atas motosikal. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd