• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Pernah Tolak Tawaran Jawatan Presiden UIAM

oleh
07/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sebelum ini pernah menolak tawaran jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kini disandang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Anwar berkata pada masa ini, perkara penting baginya adalah memberi sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kerja saya sekarang apa? Tidak ada jawatan apa-apa…saya beritahu kepada Tun Mahathir juga, ketika ini saya tidak mahu apa-apa.

“Baru-baru ini dicadangkan sebagai presiden UIAM, juga saya tidak mahu kerana saya nak sokong kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir supaya kuat,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini malam ini.

Turut hadir calon PH bagi PRK DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM mencetuskan kritikan termasuk daripada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa yang berkata pelantikan itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan PH. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimUIAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd