• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Bakal Bertanding Di Port Dickson?

oleh
11/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Saya tidak menerima maklumat ini dan bagaimana you media boleh dapat maklumat?,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berhubung kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.

Aminuddin yang juga pengerusi PKR Negeri Sembilan ketika dihubungi Bernama berhubung spekulasi ini berkata setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu.

Seminggu dua ini keadaan politik negara sibuk memperkatakan kerusi Parlimen manakah yang akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri ke-lapan.

Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang dan kemudiannya Kedah serta Pandan, Selangor dan terbaru di Port Dickson ​​​​​​​yng merupakan kubu kuat PKR selama tiga penggal sejak 2008.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan komen daripada penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah berhubung desas-desus ini, gagal.

Untuk rekod, Danyal Balagopal ialah wakil tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, ​​​​​​​Danyal Balagopal, ​​​​​​​68, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,110 undi. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd