• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anwar Bukan Raja Untuk Ditabalkan Di Port Dickson’

oleh
17/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata walaupun kerusi Parlimen berkenaan sukar dimenangi, cabaran tetap perlu diberikan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“UMNO/BN perlu bertanding. Port Dickson bukan kerusi mudah dimenangi tetapi kita perlu menentang politik yang memalukan ini,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu turut menyindir bahawa Anwar bukan raja untuk ditabalkan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson.

“Pertabalan hanya untuk raja dan Anwar bukan raja,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, sebelum ini berkata pembangkang tidak perlu meletakkan calon sebaliknya memberi laluan kepada Anwar supaya tiada pertandingan pada PRK Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa juga dilaporkan berkata parti itu belum ada kata putus sama ada untuk meletakkan calonnya pada PRK berkenaan dan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti 24 September ini.

Dalam pada itu, Khairy membidas mana-mana ahli UMNO yang menyatakan sokongan dan mahu berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan.

“Tata etika parti jelas, kalau kempen untuk parti lawan, kena buang dari UMNO. Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhianati parti,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata akan berkempen untuk Anwar pada pilihan raya berkenaan malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu tidak menjadi masalah bagi meraikan perbezaan pendapat. – BH Online

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

07/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd