• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Bakal Bawa Tuah Kepada Port Dickson Dan NS

oleh
17/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang mampu membawa pembangunan yang lebih pesat di kawasan itu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Aminuddin, yang juga Pengerusi PKR dan Pakatan Harapan negeri berkata selain kawasan berkenaan, tempias kemajuan yang dicapai Port Dickson turut memberi nilai tambah kepada keadaan ekonomi dan sosial negeri.

Menurutnya, disebabkan itu, rakyat perlu memberikan mandat kepada Anwar, yang telah diumumkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk mewakili kawasan berkenaan memandangkan beliau bakal diangkat menjadi perdana menteri kelapan.

“Di samping itu juga, apabila Datuk Seri Anwar diangkat menjadi perdana menteri, kita yakin banyak kemudahan serta infrastruktur akan dibawa dan kita mengharapkan Negeri Sembilan dapat dibangunkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi tiga keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Sungai Raya, di sini.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir sejak dua hari lalu masih kekal 15 orang iaitu 10 dewasa, empat kanak-kanak dan seorang bayi. Mereka dijangka pulang selepas keadaan cuaca baik dan kerja-kerja pembersihan kediaman yang dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri selesai dilaksanakan hari ini.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehkan Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Turut menyertai Aminuddin pada lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Mohamad Hapil dan Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd