• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angin Kencang Diramal Hingga Akhir September

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Fenomena garis badai kesan tiupan angin monsun barat daya yang menyebabkan ribut dan petir melanda negeri di utara Semenanjung dijangka berlarutan sehingga akhir bulan ini.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata ia adalah fenomena biasa yang berlaku setiap tahun kesan pertembungan angin Laut Andaman dan Laut Selat Melaka.

Bagaimanapun, katanya cuaca ribut dan angin kencang mencecah sehingga 70 kilometer sejam (km/j) yang membadai Perlis malam tadi, tidak mempunyai kaitan dengan Taufan Mangkhut.

“Ribut yang berlaku di Perlis tiada kena dengan Taufan Mangkhut kerana taufan itu sudah berakhir petang semalam.

“Fenomena ini dipanggil garis badai dan ia bukan sesuatu yang luar biasa. Fenomena ini berlaku ketika pergerakan angin monsun barat daya yang dijangka berakhir penghujung bulan ini.

“Pecutan angin yang kuat berlaku malam tadi, dipengaruhi ribut petir berikutan ia berada dalam satu garisan sama yang bergerak dari laut ke darat, ” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut di Perlis malam tadi, empat pengguna jalan raya maut akibat kemalangan, manakala ratusan rumah dan sekolah rosak akibat dibadai angin kencang.

Pada masa sama, keadaan angin kuat akibat fenomena garis badai itu turut melanda Kedah, Pulau Pinang dan perairan Sabah, tetapi ia tidak sekuat seperti yang berlaku di Perlis.

Sehubungan itu, Mohd Hisham berkata, pihaknya sentiasa memantau fenomena ini termasuk mengeluarkan amaran jika keadaan cuaca dijangka boleh menjadi buruk.

“Ribut ini bukan berlaku setiap hari, namun boleh berlaku dari semasa ke semasa sehingga hujung bulan ini.

“Kita sudah mengeluarkan amaran berkenaan pergerakan ribut petir di negeri di utara dan kita akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang berlakunya fenomena ini, penduduk di negeri utara dinasihati supaya berwaspada dengan segera mencari tempat berlindung yang kukuh sebaik sahaja melihat tanda ribut petir berlaku.

“Cari tempat berlindung yang kukuh dan bukannya di bawah pokok atau khemah kerana kita tahu pokok pun boleh tumbang jika angin kencang berlaku, ” katanya. – BH Online

Tags: Angin KencangRibut Petir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia...

Ribut Petir Diramal Landa 10 Negeri, KL Petang Ini

Ribut Petir Diramal Landa 10 Negeri, KL Petang Ini

15/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd