• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Perlu Pastikan Perlembagaan Selari Standard Antabangsa

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para anggota Parlimen perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan kebebasan bersuara, capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar adalah selari dengan standard hak asasi manusia antarabangsa, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini.

Beliau berkata hak-hak tersebut telah digariskan untuk mencapai Sasaran 16 Agenda Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG) yang mewajibkan setiap negara menjamin hak orang awam untuk mendapat capaian kepada maklumat dan kebebasan asasi.

“Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang untuk mengawal selia hal itu sehingga ke tahap menyekat kebebasan bersuara, kebebasan capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar. Kita telah melihat dahulu bagaimana undang-undang ini diguna untuk menutup mulut seseorang, mengehadkan capaian dan penyebaran maklumat.

“Tidak cukup bagi rakyat menyerahkan nasib negara kepada segelintir individu baik yang telah dipilih (menjadi anggota Parlimen) semata-mata untuk mengelakkan penyalahgunaan undang-undang, tetapi institusi dan pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan penting,” kata beliau pada Perbincangan Meja Bulat Anggota Parlimen mengenai langkah membetulkan jajaran undang-undang negara agar selari dengan standard antarabangsa dalam hal kebebasan bersuara, capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar, di sini hari ini.

Justeru dalam konteks Malaysia baharu beliau berkata, kerajaan baharu yang dipilih baru-baru ini telah berjanji akan melaksanakan demokrasi sebenar termasuk memberikan kebebasan akhbar, selain mengambil sikap terbuka terhadap apa-apa kritikan dalam memastikan wujud proses semak dan imbang di negara ini.

Malaysia kini menduduki tempat ke-145 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2018 seperti yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders dan kedudukan itu memberi gambaran positif kepada aspirasi Malaysia hendak menjadi sebuah negara maju.

Sementara itu, dalam sesi perbincangan meja bulat itu, Penasihat Media kepada Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin menekankan perlunya ditubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) untuk menaikkan imej industri media di negara ini dan bertindak sebagai badan untuk mengawal selia industri tersebut bagi mengukuhkan lagi kredibilitinya.

“Anggota Parlimen boleh memainkan peranan besar dalam mewujudkan persekitaran baharu di mana kita boleh menikmati kebebasan akhbar,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Ahli Parlimenstandard antarabangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

Ahli Parlimen, ADUN Melayu DAP Diseru Kembali Ke Pangkal Jalan

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mempersoalkan keikhlasan DAP dalam memberi ruang serta membangunkan...

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd