• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ABM Johor Sasar 90 Peratus Pelatih Tembus Pasaran Pekerjaan

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Akademi Binaan Malaysia (ABM) wilayah Selatan menyasarkan 90 peratus pelatihnya berjaya menembusi pasaran kerja menerusi sistem perantisan yang dilaksanakan sejak tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasinya Supian Musa berkata sejak dilaksanakan, ABM berjaya memasarkan 85 peratus pelatihnya ke pasaran kerja khusus dalam sektor pembinaan.

“Apabila mereka tamat belajar, kita akan bantu untuk menempatkan mereka di kira-kira 40 syarikat pembinaan di negeri ini untuk bekerja dengan tempoh percubaan selama tiga bulan sebelum diserap masuk,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Pra-Graduasi ABM wilayah Selatan di sini hari ini.

Menurut beliau, dengan sistem itu lebih ramai pelatih mendapat pekerjaan yang sesuaian dengan kursus atau bidang yang mereka ceburi semasa di ABM.

“Sebelum kita laksanakan, hanya 71 peratus yang dapat pekerjaan, lapan hingga 10 peratus memilih untuk sambung pengajian manakala selebihnya tidak bekerja atas faktor-faktor tertentu,” tambahnya lagi.

Supian berkata sejak 2007, lebih 88,000 pelatih berjaya dilatih ABM membabitkan beberapa program utama termasuk penilaian kompetansi kemahiran.

Sehingga kini, sebanyak 45 kursus jangka pendek ditawarkan menerusi program latihan kemahiran belia seperti kerja bangunan, operasi kren serta petroleum dan gas, katanya.

Dalam pada itu, seramai 250 pelatih akan diraikan pada Majlis Graduasi ABM wilayah Selatan yang akan berlangsung pada 2 Okt ini.

Salah seorang pelatih, Muhammad Fairus Mairy, 27, yang bekerja sebagai koordinator Mekanikal dan Elektrik berkata beliau telah mengambil empat kursus di ABM sejak 2012.

Katanya, pengalaman dan ilmu yang diterima di akademi tersebut banyak membantunya dalam bidang itu sehingga gajinya kini mencecah RM5,000 sebulan.

Sementara itu, Mohd Fawzy Abd Halim, yang bekerja sebagai kren operator berkata ilmu yang diterima di ABM dapat diguna pakai di alam pekerjaan sebenar dan ia penting untuk terus kekal dalam sektor tersebut yang dikategorikan sebagai pekerjaan berisiko. – BERNAMA

Tags: ABMpekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

BN Akan Cipta Pekerjaan Selepas PRU15

18/10/2022
0

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum...

BAM, ABM Bakal Dipisahkan

24/04/2022
0

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melaksanakan penstrukturan semula menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd