• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azeez & Abang Tiba Di Mahkamah Majistret Putrajaya

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.30 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.15 pagi semalam ketika hadir untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya itu.

Abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim yang juga Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah pula ditahan pada pukul 11.30 pagi pada hari yang sama di Sungai Buloh, mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek.

Sumber turut berkata, nilai rasuah yang disiasat ialah bernilai jutaan ringgit dan ketika ini, SPRM turut membuat siasatan terhadap beberapa akaun namun, nilai sebenar masih belum dipastikan.

Dalam pada itu katanya, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Selain Abdul Azeez dan abangnya, SPRM turut membawa seorang lagi suspek difahamkan sepupu kepada Abdul Azeez untuk direman dan ketiga-ketiga mereka memakain baju lokap SPRM berwarna jingga dengan tangan digari. – UTUSAN ONLINE

Tags: Abdul Azeez Abdul Rahimmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd