• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

49,000 Anggota PKR Kedah Layak Undi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lebih 49,000 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yang layak, mengundi bagi memilih kepimpinan peringkat pusat dan cabang pada pemilihan parti itu hari ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Zamri Yusof berkata proses pengundian bermula 10 pagi ini di kesemua pusat mengundi di 15 cabang di negeri ini dan proses itu berjalan lancar setakat ini.

Beliau berkata kira-kira 2,000 calon bertanding untuk merebut jawatan ketua cabang, timbalan ketua cabang, naib ketua cabang, anggota jawatankuasa serta kepimpinan wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri ini.

“Terdapat juga pertandingan empat penjuru bagi jawatan Ketua Cabang di Sungai Petani dan Padang Serai. Selain itu, kebanyakan jawatan Ketua AMK cabang di negeri ini menang tanpa bertanding,” katanya kepada pemberita di pusat pengundian Cabang Alor Setar hari ini.

Sehubungan itu, Zamri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri meminta kesemua anggota PKR Kedah keluar mengundi sebelum 5 petang ini untuk memilih kepimpinan parti yang mereka rasa layak menerajui parti itu.

Dalam pada itu, Zamri berkata pemilihan bagi Cabang Sungai Petani dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian berikutan masalah teknikal sistem pengundian e-undi bagi pemilihan itu.

“Padang Serai, Padang Terap dan Kuala Kedah dah ok. Dah boleh jalan proses pengundian,” katanya kepada pemberita di pusat pengundian Cabang Alor Setar.

Tinjauan Bernama di pusat pengundian Cabang Alor Setar juga mendapati proses pengundian masih belum berjalan setakat 11.30 pagi ini ekoran masalah sama. – BERNAMA

Tags: KedahPemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd