• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,000 Guru KAFA Akan Diserapkan Ke Jawatan Tetap

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Kira-kira 4,000 daripada 32,800 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara akan menjadi kumpulan pertama yang diserapkan ke jawatan tetap dalam tempoh enam bulan bermula 1 Okt ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata mereka merupakan guru-guru kontrak yang memenuhi syarat serta keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini antara usaha yang diambil oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu, katanya pada program ramah mesra bersama guru-guru KAFA di Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, di sini hari ini.

Menurut Fuziah, guru KAFA berada di bawah dua pihak berkuasa iaitu sama ada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau Jakim dengan emolumen masing-masing ditanggung oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kewangan.

Lazimnya mereka yang di bawah JAWI tidak berdepan masalah berbanding Jakim yang bergantung kepada dana daripada Kementerian Kewangan, katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata satu kertas kerja sedang disediakan untuk dikemukakan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri bagi menaik taraf sesetengah premis KAFA yang berada dalam keadaan daif.

“Pada masa sama, kita juga berharap wakil-wakil rakyat dapat membantu menaik taraf premis KAFA di kawasan masing-masing selain menghulurkan bantuan kewangan,” katanya yang turut menggesa jabatan dan majlis agama Islam negeri mengambil langkah sama. – BERNAMA

Tags: Fuziah SallehGuru Kafa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd