• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

35 Pemain Bola Sepak Tidak Terima Gaji

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 29 pemain Perlis telah membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan majikan mereka gagal melunaskan tunggakan gaji yang berjumlah RM461,500.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd. Joehari Ayub berkata, kesemua aduan tersebut telah diterima sepenuhnya dan Persatuan Bola Sepak Perlis dikehendaki melunaskan tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan.

“PFA dikehendaki membayar tunggakan gaji seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

“Jika PFA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, FAM turut menerima tuntutan daripada enam pemain Kelab Bola Sepak Terengganu City melibatkan tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak yang berjumlah RM283,000.

“Tuntutan pengadu-pengadu telah diterima sepenuhnya kecuali tuntutan Mohd. Norhafizzuan Jailani yang diterima sebahagiannya dan Kelab Bola Sepak Terengganu City dikehendaki membayar tunggakan gaji dan pampasan baki kontrak seperti jumlah dinyatakan di bawah (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan) dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

“Jika Kelab Bolasepak Terengganu City gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Gajipemain bola sepak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar OKU Tabah Mahu Jadi Pakar Ekonomi

Next Post

Tahan Kesakitan Tangan Tersepit Mesin Pemotong Daging

Related Posts

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

PM Kerja Tanpa Gaji, Gaji Menteri Kekal Potong 20 Peratus – Kor Ming

16/08/2024
0

SHAH ALAM - Ketika penjawat awam menikmati kenaikan gaji menjelang Disember ini, Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim masih berkhidmat...

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

Pemain Bola Sepak Tular Tunjuk Kerambit Dipenjara 14 Hari

16/08/2024
0

Seorang pemain bola sepak amatur yang gambarnya membawa kerambit tular di media sosial, dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di...

Next Post

Tahan Kesakitan Tangan Tersepit Mesin Pemotong Daging

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd