• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Nama Dikemukakan Bagi Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga nama telah dikemukakan untuk pertimbangan bagi mengisi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata ketiga-tiga nama itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk mendapatkan keputusan akhir.

“Saya harap dapat mengesahkannya (nama itu) sebelum pertengahan bulan ini.

“Buat masa ini, datuk bandar sekarang (Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz) akan terus bertugas sehingga akhir September,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Semalam, Khalid mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan daripada Mhd Amin pada 1 Sept.

Menurut Khalid, beliau belum membalas surat itu, yang disertakan dengan notis 30 hari, kerana beliau berpendapat perkara itu perlu diberi pertimbangan sewajarnya dan sama ada seorang pengganti yang sesuai telah dikenal pasti.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa untuk melakukan pendakwaan, Khalid berkata cadangan itu membabitkan pindaan kepada akta yang berkaitan.

“Memang kita (kerajaan) setuju SPRM seharusnya diberi hak untuk mendakwa sekiranya Peguam Negara (AG) memutuskan untuk tidak mengenakan pendakwaan.

“(Pada masa ini) sistem yang dilaksanakan adalah SPRM menyiasat, kemudian mereka kemukakan kepada AG, jadi jika AG rasa kes itu tidak kukuh tapi SPRM rasa ia kukuh, maka SPRM perlu diberi hak untuk membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Nurul Izzah membuat cadangan itu menerusi mesej Twitter beliau semalam susulan kontroversi pembebasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – BERNAMA

Tags: Khalid Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

29/04/2022
35

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd