• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemegang Taraf PR Didenda RM120K Lindungi PATI

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Dua warganegara Indonesia yang merupakan pemegang taraf penduduk tetap (PR) didenda keseluruhan RM120,000 oleh Mahkamah Khas pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini hari ini, kerana kesalahan melindungi 12 PATI.

Dulpai Anamah , 55, mengaku bersalah membenar masuk enam PATI ke premis rumah kedai satu tingkat yang disewanya di Taman Sentosa, Sitiawan pada 1.50 pagi, 13 Sept lalu, manakala rakannya Rasmat Basir, 63 turut didakwa membenarkan masuk enam PATI warga Indonesia ke premis sewanya di rumah kedai yang sama, pada waktu dan tarikh yang sama.

Hakim Norita Mohd Ardani kemudiannya menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM60,000 terhadap Dulpai dan Rasmat atau kedua-keduanya dipenjara enam bulan sekira gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai kontraktor buruh binaan ditahan dalam ‘Ops Mega’ yang dilakukan sepasukan Pegawai Imigresen di premis rumah kedai itu setelah masing-masing didapati melindungi 12 PATI yang tidak memiliki suatu pas yang sah dan telah menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 56(1)(bb) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 bagi setiap seorang yang dilindungi atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Daeng Juremy Daeng Abu Zaaba, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, ketika prosiding berlangsung, Daeng Juremy dalam hujahnya berkata walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah, beliau memohon mahkamah melaksanakan hukuman yang berat kerana mereka secara tidak langsung memberi dorongan kepada PATI untuk terus berada di negara ini tanpa mempedulikan undang-undang negara.

“Tertuduh yang juga seorang berstatus PR harus lebih peka dan memahami undang-undang negara ini tetapi di sini jelas mereka dilihat tidak mengendahkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Dalam mahkamah yang sama juga, seorang wanita warganegara Kemboja Lina Nhoel, 26, yang telah disenaraihitamkan dari memasuki negara ini dihukum penjara enam bulan setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu rumah telah ditahan dalam Ops Mega di sebuah kediaman di Jalan Ayer Tawar, Manjung pada 1.20 pagi, 13 Sept lalu di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana masuk dan berada di Malaysia tanpa memiliki pas yang sah dan Seksyen 36, akta yang sama kerana kembali secara tidak sah selepas disingkir dari negara ini pada 8 Mei 2017. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Kasim ‘Hina’ Subjek Islam SPM Macam Sampah?

Next Post

‘Abang Is’ Didenda RM16K Simpan 269 Pasport Warga Asing

Related Posts

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

01/06/2025
0

AMPANG: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan...

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

Next Post

'Abang Is' Didenda RM16K Simpan 269 Pasport Warga Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd