• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Bakal Terima Manfaat Program Food Bank

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA — Seramai 186,354 Ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi meringankan beban golongan itu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan program anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini dan Melaka menjadi negeri perintis bagi program tersebut.

“Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.

“KPDNHEP sedang merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan (2019),” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perintis program Food Bank Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Kling di sini hari ini.

Beliau berkata program tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek ‘Tesco Food Surplus Donation’ pada 2016.

Terdahulu, sebanyak 25 keluarga di negeri ini terpilih untuk menerima pelbagai barangan keperluan isi rumah hasil keprihatinan Tesco dalam usaha meringankan beban golongan memerlukan.

Saifuddin Nasution berkata program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030.

“Sehubungan itu saya menyeru dan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia,” katanya.

Menurut beliau sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan. — BERNAMA

Tags: Program Food BankSaifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

Saifuddin Kritik Rafizi Memilih Untuk Bercuti

24/03/2022
0

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sekadar menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Apakah adil orang yang pernah lari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd