• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,268 Saman Dikeluarkan Sejak Penguatkuasaan AWAS

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,268 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak mengambilalih kesemua operasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bermula 1 Sept lepas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah saman itu membabitkan kesalahan had laju (1,121 saman) dan kesalahan lampu isyarat (147 saman).

“Operasi ini melibatkan penguatkuasaan kesalahan yang dirakam melalui kamera bagi dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengambilalihan oleh JPJ itu meliputi penguatkuasaan bagi pengoperasian ke atas 45 buah kamera AWAS yang terdiri daripada 29 kamera bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 buah kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Pada masa yang sama terdapat dua lokasi lagi dalam proses mendapatkan kelulusan pemasangan daripada pihak berkuasa tempatan iaitu satu lokasi bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan satu lokasi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya.

Loke berkata, secara keseluruhannya sehingga akhir tahun ini, JPJ akan menguatkuasa kesalahan AWAS di 47 lokasi.

“Orang ramai boleh menyemak senarai terkini lokasi-lokasi kamera AWAS di dalam laman web JPJ di www.jpj.gov.my, selain juga boleh melakukan semakan saman-saman JPJ dan AWAS,” katanya.

Menteri turut menekankan bahawa tujuan utama pemasangan dan penguatkuasaan kamera AWAS adalah untuk mendidik dan menjaga keselamatan pemandu khususnya apabila mereka memandu di zon operasi kamera AWAS.

“Untuk pengetahuan, semua lokasi yang telah dikenalpasti ini adalah jalan yang mempunyai risiko tinggi berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan hanya akan mempertimbangkan untuk menambah lokasi pemasangan dan pengoperasian kamera ini sekiranya terdapat keperluan dan semua pihak boleh mencadangkan lokasi yang sesuai untuk dipasang dengan kamera AWAS.

Beliau berkata tiada pengecualian atau pengurangan bayaran kompaun akan diberikan untuk semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan AWAS mulai 1 Sept.

“Orang Yang Kena Saman (OKS) akan diberi tempoh kompaun selama 60 hari dengan kadar kompaun RM300 dan pada masa yang sama mata demerit akan dikenakan apabila kompaun ini dibayar,” katanya.

Sekiranya OKS tidak menyelesaikan kompaun yang ditetapkan, kes ke atas OKS akan didakwa di mahkamah dan jika OKS masih gagal hadir ke mahkamah seperti yang dikehendaki, mereka akan disenarai hitam dan dihalang daripada melakukan apa jua transaksi serta urusniaga di JPJ sehinggalah kes ini diselesaikan.

Jelasnya tindakan untuk menyenarai hitam ini akan dilakukan menurut peruntukan di bawah Seksyen 17(1d), 29(1A) dan 119(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun sekiranya OKS memilih untuk menyelesaikan kesnya di mahkamah, jika disabitkan mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000 dan pada masa yang sama mata demerit akan dikenakan. – BERNAMA

Tags: AWASsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd