• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Hari: Tumpu Perkukuhkan Lagi Ekonomi Pahang

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan Pahang dapat terus membangun dan kebajikan rakyat negeri Tok Gajah sentiasa terjaga.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menguruskan kerajaan negeri terutamanya ketika menjadi pembangkang dan dalam keadaan hutang mencecah RM3.2 billion, namun perkara tersebut tidak menghalang beliau untuk memastikan Pahang terus membangun seperti negeri-negeri lain.

Menurutnya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, tugas utama pada masa ini ialah memperkukuhkan lagi ekonomi negeri Tok Gajah ini termasuk menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan hutang pinjaman tersebut.

“Kita sentiasa melihat peluang untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat demi menjaga kebajikan rakyat di negeri Pahang ini dan dalam 100 hari kita terjemahkan perkara ini dengan mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan tentang masalah air di Pahang.

“Satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar berhubung isu air dan kita telah mendapat kata putus penstruturan air akan diselesaikan selewat-lewatnya akhir tahun ini dengan hutang pinjaman bekalan air RM2.2 juta daripada kerajaan persekutuan dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada dalam satu sesi tembual khas sempena 100 hari pentadbirannya sebagai Menteri Besar Pahang bersama media arus perdana di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Wan Rosdy, 60, mengangkat sumpah jawatan itu pada 15 Mei lalu menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawat jawatan itu selama empat penggal sejak 1999.

Selain itu katanya dalam usaha memacau pertumbuhan ekonomi Pahang, beliau meminta semua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) memperkemaskan lagi pengurusan mereka dan GLC yang tidak kompetatif, diminta memberikan cadangan sama ada operasi perlu diteruskan atau dihentikan.

“Walaupun majoriti GLC dalam keadaan baik dan mampu beri keuntungan, namun masih ada ruang untuk dipertingkatkan dan kita harapkan menerusi keuntungan yang diraih, mereka dapat menyumbangkan 15 peratus daripada pendapatan itu bagi membantu kewangan kerajaan kerajaan negeri,” katanya.

Berikutan itu katanya, Pahang Investment Corporation (PIC), sebuah badan baru akan ditubuhkan bagi memperkemaskan lagi pengurusan GLC dan badan ini akan bertindak sebagai penilai perniagaan berskala besar dan usaha sama yang ingin dijalanlankan GLC.

“Langkah ini saya lakukan supaya GLC jadi lebih tersusun, teratur, berkesan tanpa sebarang masalah besar dan jika syarikat ini beroperasi dengan cekap serta produktif, kita jangkakan ia mampu beri hasil tambahan hingga RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri,” katanya sambil menambah PIC akan dianggotai oleh beliau sendiri, setiausaha kerajaan negeri, tokoh korporat dan seorang pengurus besar.

Selain itu untuk mengelakkan kebergantungan kepada hasil pembalakan dan hutan pula, katanya kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan mengenakan cukai perniagaan kepada tapak pertanian yang telah lama dibuka di Cameron Highlands.

Menurutnya ini kerana masih ada di antara kawasan berkenaan masih lagi dikenakan cukai pertanian sedangkan ada di antaranya telahpun didirikan premis-premis perniagaan dan keadaan itu merugikan kerajaan negeri.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata walaupun dalam keadaan kewangan yang ketat, isu kebajikan rakyat masih menjadi agenda utamanya atas prinsip ‘kerajaan yang dipilih rakyat, harus berkhidmat kepada rakyat’.

Katanya, antara fokusnya ialah membina lebih banyak rumah mampu milik menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang harganya bermula daripada RM150,000 dan serta 8,000 unit Rumah Makmur Pahang yang bernilai RM80,000 seunit.

“Untuk membantu rakyat di bawah golongan B40 memiliki kediaman selesa, kerajaan negeri juga dalam perancangan supaya Tabung Perumahan Pahang mendapat dana disumbangkan oleh syarikat yang mendapat tanah untuk projek perumahan di negeri ini dan ia sedang diperhalusi penasihat undang-undang negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailEkonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd